Perihal Kami

Salam Seikhlas Hearty!

Saya Azanisham Samat – Ketua Pegawai Eksekutif Hearty.

Hearty merupakan salah satu produk MESOLab Digital yang digerakkan Bersama Makmal Media Sosial Kebangsaan atau MESO.

Sebagai sebuah entiti yang tidak berasaskan keuntungan, MESO berkolaborasi dengan banyak pihak – Korporat, NGO, Politik, Kerajaan mahupun Institusi Pendidikan bagi mengerakkan teknologi berasaskan media sosial bagi keuntungan semua pihak.

Selain Hearty, kami kini sedang membangunkan platform Media Sosial yang menjurus kepada “niche market” antaranya adalah RANGKAIAN USAHAWAN NASIONAL atau RUNAS.

Di Hearty, kami digerakkan oleh pasukan yang percaya bahawa Modal Insan – iaitu Pengetahuan, Kesanggupan, Kesungguhan, Kreativiti dan Pengalaman adalah lebih utama berbanding modal materialis.

Maka kerana itulah, kami menjadikan Hearty sebagai satu platform percuma dengan slogan – Mengapa Perlu Bayar Premium Jika Semuanya Adalah Freemium.

Kami bergantung sepenuhnya kepada iklan Google Admob bagi menjana pendapatan untuk membiayai kos Pembangunan, server, cloud dan lain-lain – dan kami berjanji untuk memastikan jumlah iklan tersebut tidak melampau – sekadar memenuhi keperluan kami sahaja.

Kami juga akan menerbitkan HeartyTV yang akan mengetengahkan kandungan berkaitan seperti Kesihatan, Undang-Undang, Motivasi dan lain-lain yang relevan dengan segmen Hearty.

Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk memastikan pengalaman anda di Hearty adalah lancar dan selamat. Semua data anda adalah menepati 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang digariskan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan kami mengamalkan langkah-langkah perlu keselamatan data untuk memastikan kepentingan anda terjamin!

Salam Seikhlas Hearty!

Azanisham Samat